Followers

Wednesday, February 29, 2012

1 kehilangan yang amat bermakna dalam hidup ini

Assalamualaikum w.b.t

1st skali aku nk ucapkan salam Takziah kepada keluarga Allayarham Amir zakwan Bin Md.Rifin.Moga dia Ditempatkan di kalangan Orang-2 yang beriman, di permudahkan perjalanan nya di sana. Al - fatihah.

Jumaat 24/02/2012. 

Sedang aku lepak-2 di kedai makan sambil tgu oder sampai tiba-tiba - tiba...

Aku terima  1 sms yg membawa berita yg mengemparkan dan amat memilukan hati aku ni.Amir Kawan baik aku sejak dari darjah 3 hingga la sekarang umur aku 23 tahun, telah pergi meningal kn aku dan dunia ni. Aku bagaikn tak percaya atas pemergianya, apa kn daya semua tu kuasa tuhan, ajal maut di tgn tuhan..kita tak mampu menghalang apa jua yg berlaku.

Aku sedih sgt sebab kehilangan seorg kawan yg amat baik bagi aku, kawan masa kecil, hinnga la ke dewasa, kawan jamming bersama... kawan, lepak bersama, kawan susah bersama, kawan senang bersama,  kawan jatuh motor bersama, kawan pergi intiveu kerja bersama, kawan bertekak bersama, kawan segala-galanya... tak dapat kau nk gmbarkn pada korg,,, betapa erat nya persahabatan kiteorg.

Kalau Arwah masih hidup.. aku nk dia tahu yg dia adalah kawan yg paling aku sayang, terlalu banyk kenangan yg indah kitaorg lalui bersama.

aku tak tahu nk ckp apa lagi...terlalu sedih...

p/s :: Amir, Aku terkilan Sebab tak layan kau masa kau dtg bengkel sehari sebelum kau tingalkn aku.Aku xda niat nk lukakn hati kau. x sangka kau merajuk sampai pergi tingalkan aku. maafkan aku amir.

p/s:: Amir, Aku mintak maaf sebab x sempat sampai ke hospital masa kau masih ada. aku telambat amir.. maafkan aku....bila aku sampai... kau dah tingalkn kitaorg.. aku dgn yap n akin sedih sgt masa tu. mcm tak percaya kau dah tak ada.

p/s:: Amir, Kau ingtx baju hijau ni...  kau yg pilih kn baju ni untuk aku.. hari masa kau pergi tu.. baju ni aku pakai amer... ,,


p/s:: kiteorg semua budak2 jamming rindu sgt kau kau amir... ni gmbr last kita ambik bersama kn..


p/s::Amir, kiteorg kt sini sentiasa doa kan untuk kau. agar perjalanan kau di sana di permudahkan, di tempatkn bersama org-2 yg beriman, moga kau disana sehat-sehat sejahtera... aman, kekal abadi. Aku Akan jadi kawan kau sampai Bila-bila amir walaupun kau dah tak ada. sahabat kau dunia Akhirat.


ni untuk tatapan terakhir aku dan kawan-kawan, Moga kau sihat disana. rehat la amir...kitaorg paham. kau penat. .. =(




Amir Zakwan Bin Md Rifin (Amir) dalam kenangan....


         AL-FATIHAH...

 

1 comment:

hidayah said...

tersentuh hati kak dayah membaca entry nih..
moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman , aamiin.